Resolusi Bahasa
Khamis, Jun 04, 2009 | Author: resolusibahasa
Petikan daripada suatu blog atau laman web:
Bahasa yang diberi nafas baru akan kembali segar dan terus hidup dan kekal sebagai identiti bangsa dan negara. Tiada makna untuk memelihara kesucian bahasa sehingga bahasa itu tidak lagi berkembang, layu dan akhirnya mati di tangan bahasa asing.
Petikan dengan pengubahsuaian:
Realiti ini telah dibuktikan dalam dunia pengaturcaraan komputer di mana bahasa pengaturcaraan "Visual Basic" atau "Basic", satu ketika dahulu dikenali sebagai bahasa peringkat permulaan bagi tujuan pembelajaran atau untuk mengenali pengaturcaraan komputer (bahasa mainan). Ia telah diperbaharui dari masa ke masa sehingga ke versi "Visual Basic .NET" bagi tujuan supaya lebih mesra pengguna, meningkatkan kebolehan program yang diciptanya, antara muka grafik dan juga keselarasan dengan teknologi-teknologi semasa seperti Windows Vista, Internet, sekuriti dan sebagainya. Oleh itu "Visual Basic .NET" adalah salah satu bahasa pengaturcaraan komputer peringkat tinggi yang hebat dalam pembangunan aplikasi komersial dan bukan komersial serta web setanding dengan bahasa pengaturcaraan lain seperti C++ dan Java. Malah beberapa ciri "Visual Basic .NET" adalah lebih baik dan lebih mudah digunakan berbanding C++ dan Java. Misalnya : teknologi LINQ dalam ".NET Framework 3.5".

Apa yang cuba hendak disampaikan di sini adalah bahasa perlu berkembang dan diselaraskan dengan perkembangan dunia semasa, ia tidak perlu digantikan dengan bahasa lain. Apatah lagi merosakkan bahasa melalui gerakan revolusi bahasa yang tidak berasas dan tidak intelektual yang dilakukan oleh genius palsu yang mengelar dirinya pakar sains dan matematik.

Apa yang kita perlukan adalah resolusi iaitu penyelesaian, bukan penggantian bahasa dengan bahasa asing dan juga bukan revolusi bahasa (palsu) saranan Mokhtar Hj Mansor. Dewan Bahasa iaitu pihak yang bertanggung jawab seharusnya berperanan dalam perkembangan bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia dan bukannya bersikap hipokrit, egoistik, birokrasi, mengkunokan bahasa dan apa-apa yang sewaktu dengannya.

Misalnya istilah cari amat jelas maksudnya, pendek dan sering digunakan. Contoh ayat : "Tolong cari buku "Pengkhianat Bangsa" di rak A5", "bagaimana kamu mencari lagu-lagu Melayu di Internet?". Sebaliknya Dewan Bahasa yang bodoh lagi bebal mengarahkan penggunaan istilah "gelintar" (3 suku kata) menggantikan "cari"

Perkataan berganda yang dahulunya di tanda dengan angka dua (pintasan) hendaklah ditulis semula sepenuhnya dengan tanda sempang contoh : organisma2 menjadi organisma-organisma, masyarakat2 menjadi masyarakat-masyarakat. Pendekatan ini menimbulkan masalah untuk istilah moden yang dipinjam daripada bahasa lain atau istilah baru antara bangsa terutama yang melibatkan dua perkataan berasingan. Contoh : ujikaji (lama) perlu ditulis berasingan "uji kaji", jika perkataan berganda "uji-uji kaji", "uji kaji-kaji", "uji kaji-uji kaji" menjadi pelik. Adakah ini pelik "kalsium mono fosfat - kalsium mono fosfat" (contoh sahaja)? Sebaliknya dalam Bahasa Inggeris, "~s" digunakan.
|
This entry was posted on Khamis, Jun 04, 2009 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 ulasan: